Pages

My calendar

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

Hari Yang X best!

Hari nie mcm2 hari-hari biasa,selepas mandikan bby Aariz aku letakkan dia kt atas katil dan biarkan dia bermain sendiri.tp..ssaat je aku berpaling tgok2 je bby aariz da tergolek jatuh dari katil n terus menangis..Ya Allah,saat tu aku da rase menggigil badan.satu nye sebab anakku menangis kesakitan n yg kedua nya takut sebab nt ke marah dgn my hubby..

Tp mujur la stelah di pujuk bby aariz bhenti menangis..kepala nya ada sdikit kesn merah sbb thantuk t'kena lantai aku sapukn dgn ubat.pastu aku susukan dia then dia terus terlelap tido..hati aku saat nie hanya tuhan saja yg tahu,bertapa risau nye aku Ya Allah moga tiada apa2 yg berlaku..

Terus je aku ambik diari kesayangan ku nie tuk search artikel2 yg boleh aku baca then aku terjumpa satu artikel nie.myb boleh aku kongsikan dgn ibu2 yg lain mungkin pernah alami situasi "CUAI" cm aku nie..kpd diriku n ibu2 yg lain "tolong jgn b'sikap CUAI lg!"

Si manja jatuh katil

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.



Antara Kesan-Kesan Lain :

1.Lebam pada bahagian belakang telinga.

2.CT Scan menjunjukkan perdarahan pada bahagian otak

- Posted using BlogPress from my iPod touch
Posted by Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM

Wednesday, December 21, 2011

Bacaan tuk yg da kawen jerk!

KAEDAH MERANCANG KEHAMILAN

Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif (pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut.

Konsepsi adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan

Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

3. Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

4. Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:

Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

5. Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

6. Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7. Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

10. Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

11. Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

12. Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.

Friday, November 25, 2011

Tanda2 awal Keretakkan Hubungan

Kenalpasti tanda-tanda awal keretakkan hubungan supaya anda & saya boleh segera perbaikinya sebelum terlewat! Khusus untuk pasangan yang sudah berkahwin sprti aku..ntah npe tbe2 aku rse trlintas tuk wt posting nie..xpe la atleast aku sndri ble jd kn rujukan!

jum kte tinjau lu tnda2 nye hope kte sume bleh jd kn pgajaran:


Tanda pertama
Kurangnya perwatakan romantis yang dapat menawan hati pasangan seperti yang pernah anda lakukan semasa berbulan madu seperti memberi jambangan bunga, ungkapan kata-kata cinta, sentuhan, pelukan, ciuman dan berbagai lagi yang anda sangat arif sebelumnya tetapi kini telah lupa atau mulai kekok.


Tanda kedua
Anda seolah-olah tidak mengenali pasangan anda. Semakin lama anda hidup dengan pasangan anda semakin banyak perkara baru yang anda akan ketahui. Hingga seolah-olah anda tidak mengenali pasangan anda. Perkara ini membuatkan anda dan pasangan sering bertengkar.

Tanda ketiga
Apabila tiada persefahaman dicapai, masing-masing cuba untuk memaksa pasangan untuk menuruti pendiriannya. Anda mula berfikir "saya tidak akan lakukan ini dan itu semata-mata untuk menyenangkan hatinya". Tiada lagi tolak ansur membuatkan masing-masing berdegil dengan pendirian sendiri.

Tanda keempat
Anda kini sudah penat untuk bertengkar kerana ianya bukan sahaja menyakitkan tetapi tiada kesefahaman yang akan dicapai, oleh itu anda dan pasangan mengambil langkah berdiam diri. Walaupun tiada lagi pertengkaran antara anda dan pasangan tetapi sebenarnya anda semakin jauh dari pasangan apabila komunikasi semakin kurang dan masing-masing membuat andaian sendiri yang mungkin tidak benar.

Tanda kelima
Anda lebih selesa jika pasangan tiada di rumah kerana anda bebas melakukan apa yang anda sukai tanpa mendengar leteran dan kata-kata negetif.

Tanda-tanda di atas adalah tanda-tanda awal hubungan anda mulai mengalami keretakkan. Anda perlu segera merawatnya. Jika kata-kata bukan lagi penawar untuk berdamai, ada baiknya anda dan pasangan berpisah sementara dan memikir kembali apakah anda berdua saling memerlukan?

Monday, October 17, 2011

Cintai aku seadanya...



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Special tuk org yg aku syg...wlau hatiku terluka..:-(

Friday, October 14, 2011

Saat indah bergelar seorg IBU~~~~

Haiiii...windu bebenor ngn blog ksygn hamba nie..da lame rse nye xkunjung & m'update blog ku ini stelah aku skrg nie da SAH mmgang status "MUMMY" kpd sorg baby yg t'sgt2 cute,comel Muhd Seif Aariz Atiqullah B. Shahril Azwan.Ya Allah,aku sungguh bertuah kerna kau kurnia aku kurniaan yg sgguh bernilai n bermakna.akan ku jaga,ku didik dia dgn didikan yg sempurna..Bila ku ingat kembali saat2 kelahiran baby ku memang ia nya 1 pgalaman yg t'sangat bernilai.Sebelum ini aku hanya dengar dr mulut n crita2 org psal sakit smsa nk bersalin..nahh...skrg nie aku mmg da face sndri saat2 getir tue..Mmg btol kta org betapa bertuah n bahagia nya mjadi seorng perempuan/isteri,bila dia mampu utk memberikan zuriat kpd suami nya..mmg aku akui nya betapa bertuah nya aku kerna mampu mberikan zuriat yg sgt comel tuk my hubby t'sayang..

Tanggal 25-July-2011 tepat jam 3.06am,hari Selasa.Setelah hmpir 5 hari aku admit kt hospital akhirnya aku telah selamat melahirkan seorg bayi lelaki seberat 3.02kg..kt cni aku postkn pic baby kami 15mnit slpas selamat dilahirkan...


Ala tomei nye anak mummy nie nanges......ku panjatkan ksyukuran pada mu Ya Allah semua nye selamat..


Ini plak pic contraction mse aku tgh sakit nk bsalin..Sempat gak my hubby snap pic nie tuk di jdi kan knangan..

Friday, July 8, 2011

Preparation for my Luvly Baby

Haii....pejam celik - pejam celik aku da pregnant 8 bulan lebih,hari nie 08/07/2011 aku da masuk 37 minggu mengandung.So that means da xberapa lame lagi aku akan deliver..xsangka btol..rase cm cepat jer mase berjalan..Rase cm baru je semiggu lpas masalah mornink sickness aku hilang skrg tau2 je aku da nk deliver..tp itu lah perjalanan hidup nama nyer..Hari nie ppagi lg aku da kne g clinic,utk blood test..tuk test kandungan gula dlm bdan..so aku diberi segelas air gula(glukosa)tuk diminum smp habis dlm mse 5 mnit..mak aiiii....pestime la aku bjaya habis kan segelas air yg begitu manis cm2...nk xnk kne jgk la minum..

Skrg jum cter psal persiapan tuk my baby..Mostly nyer sume kperluan tuk baby da lengkap.Semalam aku n husband da final shopping.bab ade 2 3 barang je lg yang xsempat nk beli..lau dikira balik total kseluruhan expenses tuk sambut org baru nie hurmm..bleh tahan byk gak la..nie pon lau ikut kan ade je lg yg aku nk tambah..tp bila pikir kan balik tempoh mase tuk baby gne brg2 nie xde la lme bab dia akan membesar,so nt nk kne beli lg yg baru..lg plak nasib la my hubby aku nie sorang yg pandai bblanja,so xde la msalah sgt nk pilih2 brg2 tuk baby kami..




Pape pon aku n my hubby harapkan moga baby kami selamat dilahirkan nt.Bila tgk sumer brg2 nie rse cm xsbar sgt2 nk sambut org baru dalam hidup kami...K la ckup la rse nyer tuk posting kali nie..nt aku baby da slamat diliver aku post kan picture my baby lak k..Adioooss..:-)

Wednesday, June 15, 2011

Konflik Nyer..

Heyyy....memang btol2 ngah konflik skrg nie..macam2 nk kne pikir..memang taun nie taun yang banyak mencabar ketahan mental n fizikal aku n my hubby.Tp wlaucmne pon sume nie ktorang anggap sebagai 1 ujian yang amat bernilai dari yang Maha Esa untuk kami..Skrg yang membuatkan ktorg "struggle" gile2 sebab nk pindah umah.Rumah ktorg bru dapt kunci early April aritu skrg nie ngah wt renovation la ckit2.Klu ikutokan perancangan ktorg plan nk pindah before aku deliver baby that means before raya.Nie kt cni aku nk lauhkan prasaan xpuas ati ckit kt contrctor yg wt renovate umah kami 2,semalam ktorg p la nengok umah,yg hampeh nyer bila ade 2 3 ksalahan yg dorg wt,lpas 2 plak tbe2 je nk naikkn harge bayaran tuk kitchen cbinet ktorg,yg dlu nyer da promise nk kasi harge lain smlm ktorg g nk confirm kan harge,tbe2 je mamat contctor 2 gtau harga da xsme..tut2 hrga trus naik jdik RM8k..xke mgamuk lau korang kt tmpt kami..alik2 da nk suh dia start wt area dapur plak tbe2 je ktorg kne tgguhkan n kne balik pikirkan balik harga yg dia kasi 2.Yg wt aku tambah bengang nyer RM8k 2 ztermasuk ngn pili air tau..x ke mgarut gila2 nyer 2..pili air ktorg kne beli sdri!gila ape...byar mahal2 tp pili air pon xde..

Hurmm..pelagi lpas je dgr harga mgarut yg cntrctor 2 kasi,aku n hubby xduk lme nyer,da xde mood nk b'urusan ngn dia lg,da la harga xleh mtak discount,cakap xleh tolerate,kualiti brg sume nk down grade kn..sume nye dia bilang da xde stock!hampeh tol..aku rse cm nk lempang2 je muka dia tau.

The problema skrg nie....lau renovtion x siap,alamak nyer ktorg pindah pon lambat la..mne nk cri cntrctor lain lg,nk kne la g survay2 harga balik.Lau ikutkan aku da malas + xlarat nk jalan da nk g survay2 nie..haisshhh....geram tol la...
Papepon tgk la nt cmne..aku kne berdiskusi panjang lebar ngn my hubby psal hal nie..Ti ade kputusan aku let uoll know k...

Friday, June 10, 2011

Cherita aku Sekarang...

Hurmmm....lets story-mory bout  hobi aku sikalang nie..yela sedar x sedar da 3Months lebih da aku da berenti keje..
Sekarang nie,most of the time aku memang duk umah je..memandangkan aku pon da sarat..pejam celik aku da pon masuk 7 month..hehehehehehe...xsabar nyer....nak jadi mummy..so now jum cter psal hobby aku slpas aku bhenti keja nie..nak tau ape..hahahaha..pe lg..Tido je la..memang serius..aku mmg kuat gler tido skrg nie.mungkin sbb pembawakan budak kot..(alasannnnn....)tp aku rse pon mmg btol,hanya ibu yg mgndung jer kot dpt simptom2 cm aku nie..tp xde la 24jam tue aku tido je..ade la jgk keja2 lain yg aku wt,tp xla sebanyak mne..memandangkan my hubby pon bg larangan keras jgn wt keja2 berat..apalagi pucuk dicita ulam mendatang jela..

Tp xde la tido jer..lest see apa antara hobi aku selain wt taik mata jer....jeng...jeng...jeng....
 hahahaha....nie la keja aku,MEMBACA k uolls..bukan duk membuta jer..nie antaranya la majalah n novel2 yg sempat aku upload kt cni..Nk Jadik Mummy yg baik kne la byk membaca tuk timba pengetahuan..mcm2 la aku dpt info dr mjalah PA&MA nie...memang bagusss n aku mmg minat majalah nie.Start je pegnen untill now aku beli every month..

Bagus gak duk umah nie...lau x mne la sempat aku nak membaca...ada rahmat di sebalik pemberhentian aku kerja...
k la,enough la for tonite...uolls yg mne2 da xkeje 2 cuba la praktiskan hobi cm aku nie,memang xrase rugi pon tp syokk ade la...

Thursday, June 9, 2011

Chinese Prediction Baby Gender Chart

Untuk tatapan and info bagi ibu-ibu mengandung cam aku..

Chat nie aku dapat dari my hubby,tiba2 je dia search kn chat nie,saje2 je just nak tgk ramalan apakah jantina tuk bakal baby kami yang bakal lahir August nanti..xsabar gak rasa nyer..yela mse ktorang g scan aritu doctor xdapat nak pastikan.mugkin sebab baby ktorg malu kot..hihihihi...Chat nie hanyalah "Prediction" so jgn la anggap ia nye btol..da name pon prediction kan..Semua nya di tentukan oleh yang Maha Esa... So pandai2 la korang nk menilai nya..



Pabila Muka Buku xbleh Login..


Uiiiiiiii...tension plak bila tiba2 muka buku(FB) aku xbleh login..tah ape masalah pon xtau la..betapa bosan nyer bila xbleh nak nengok status member2 kt dlm 2.Arinie je tah bpe kli da aku try/cuba login..Alik2 yg kua "Your account is temporarily unavailable due to site maintenance.It should be available again within a few hours.We appologize for the inconvenience"... Arghhh...bosan nyer nie bukan "few hours" lg da,nie da 1 hari da..yg merisaukan aku tkut2 muka buku au nie kne Hack jer...alamak abis la....member2 kt dalam 2 aku xde la riso sgt tp yg merisokan aku picture2 kt dlm 2..sayang tue....lg lak risau la..Semalam memang aku da terlintas nak delete je mane2 pic yg lame2,tp tak terbuat gak..tut...tut...arinie bila nak login da xbleh plak..
Huuuurmmmm....xpe la,aku tunggu la "few hours"lg..harap-harap..besok ok la...huhuhuhuhu...:-(

Saturday, April 23, 2011

2 Days 1 Night @ Port Dickson

Weekend lepas aku n husband bercuti kt PD.Saje kte hubbyku nk releasekn tension n nk ambik angin kt pantai yela sesejak aku da x kerja nie asyik berkurung kt umah jerk..lau ikut kan hati aku malas gak ikut.tp selepas berterusan dipujuk aku ikut jgk ahir nya..yela kenang kan niat baik suami tercinta buat sumer nie semata2 untuk isterinya..trip kali nie xbanyak yang ktorng buat memandangkan kami hanya pergi untuk 2 hari 1 malam jerk..

Ktorg stay kt Bayu Beach Resort..nie nk complain ckit fasal otel nie.Lau ikut kan bab keselesaan tinggal kat sini sumer nyer ok.Bilik dia besar,aircond walaupon xberapa sejuk sgt tp consider ok lg la,tv yang disediakan plak hampehhh....tau nape?coz bile nk tgk tv jer ktorang kena "tepuk2 manja"baru la tv kluar suara klu x mmg xdengar ape jus bleh tgk gambar dia jer..(means tv kt blik tu memang da selayak nya di tukar baru)..Tp yang besh nyer view dari bilik nie memang cantik..ktorg bleh tgk laut yang luas terbentang,bleh dengar pukulan ombak yang menderu..fuhh.bersastera plak..

            Bleh tgk kan kt blakang 2 cmne cantik nyer view dr blik ktorg..
Tp ape yang x besh nye stay kt Bayu Beach nie ialah bab parking..facilities lain boleh dikatakan ok2 la..kt hotel nie managment xtau la mcmne x benarkan kereta parking di dalam kaw hotel unless ade stiker.sedangkan berlambak-lambak lot parking kosong ade kt sekitar hotel tu..korang bayangkan la ktorg terpaksa park keta kt lua hotel and terpaksa berjalan hingga ke blok bilik ktorg stay.Yg geram sgt2 2 da la blok ktorg kt blok yg pling hujung sekali dgn brg2 yang bleh tahan banyak nye.Ktorg nk drop kn brg2 dlu then kluar blik tuk parking pon managment kt situ x bg..da la 2 guard2 kt situ bleh tahan "kureng ajar" gak la..tp ape pon na xnk terpaksa la jgk ktorg ikut prosedur yang tah apa2 kt hotel 2..(klu la bleh buat complain mmg ktorg org pertama yg akan complain psal parking and pasal ketidak sopanan guard2 kt situ)..

Hari Pertama:

Teman my hubby swimming..itu antara hobi yang disukai selain melayan PS3 kt umah..Swimming pool kt hotel nie kena kan RM5 untuk dewasa n RM 2 untuk kanak-kanak.

Lepas hampir 2 jam menemani hubby berendam,next aktiviti ktrong ada lah mencari tempat makan bab kengkawan kotrg ade cter pasal gerai jaul mee mamak yang sedap kt PD nie,so misi mencari gerai tersebut adalah aktiviti ktorang petang hari pertama di PD.
                                          Ini gerai mee goreng mamak yg dicerita kan
Gerai nie terletak berhadapan dengan pejabat kastam PD.Apa yang bes nye pasal gerai nie selain dari mee goreng mamaknya yg sedap,sambil makan kita bleh menikmati pemandangan yg indah sebab kita bleh tgk bot-bot nelayan sbb kt blkg gerai2 kt situ ade jeti tmpt bot2 nelayan berlabuh..trasa cm berada di perkampungan nelayan plak..


My Hubby wif mee goreng,makan lansung x pandang kiri kanan..

Laici Kang & Sirap Bandung

Chaw Kuey Teaw Spesel RM5.00 (Honestly bg aku xde la sedap sgt)

Aktiviti Malamnya: Jejalan Kt Pasar Malam Batu 4 (Sabtu Malam)

Kalau ikut kan perut ktorg nie da "Semi penuh" da,yela baru je kjap td ktorg makan mee n chaw kuey teaw kt jeti kastam ktorg menuju plak ke tapak pasar malam kt batu 4,bab mase ktorg on the way ternampak plak bukan main banyak lagi org meniaga kt situ so aktiviti ktorg mlm tue pada asal nya ngat nk jln2 je tgk apa yang ada,tp...akhir nya nafsu makan m'guasai diri jgk.Hubby ku pekena roti goreng daging n Nasi Dagang Kari Ikan Tongkol.Pdahal kt kl pon ada je jual tp sbb nk "try test" so beli jela.tp kari ikan tongkol dia mmg best! Aku plak mmg da lme t'ringin nk mkn Buah Cempedak.Serius aku da cuba cri kt kl mg xde,bagai pucuk di cita,ulam mendatang la aku ngt nk beli buah cempedak tp bile di tnya budak yg niaga buah cempedak 2 harga mcm x berpadanan yela RM6++ sekilo,mak aii mahal nyer..last2 aku beli cempedak goreng jer.Ok la atlease dapat gak baby ku mrasa..




Friday, April 22, 2011

Perasaan Ku Saat Ini

Hurmmm...aku rase macam ade sesuatu yang menggangu pikiran aku saat ni..Perasaan yang berkecamuk,hepi ade,sedih ada,hiba ada,excited pon ade..tp ntah la knapa tiba2 aku berperasaan sebegini.Mne lagi hendak ku luahkan di blog ksayanganku ini lah yang menjadi magsa tempat ku luahkan segala rasa hati..Mungkin juga bila aku dapat tahu seseorang yang cuba aku elakkan diri dari berjumpa@terserempak dengan nya akan aku bersemuka juga dengan nya nanti..Bukan bermaksud aku bersalah then aku xnk bersemuka dengan nya.tp,disebabkan aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.Ini kerna apa pun aku jua yang aku lakukan tetap dianggap salah dan aku jua yang akan di persalahkan..Kdg2 aku xfaham dengan sikap insan yang bernama "manusia" ini..Andai kita berbuat baik di pijak2 kepala hinggakan tergamak menuduh kita perkara yang tidak kita lakukan.Hanya kerana tidak mendapat yang dihajati dituduh kita cuba menghasut meggagalkan rancangan yang sudah di rancang..Salah kah diri ini sekira nya cuba mempertahankan nasib orang yang sudah terpancar jelas tidak berkemampuan???..Apa yang harus aku lakukan untuk berdepan dengan "insan" seperti ini adalah buat2 xtau je kot..mungkin ini cara terbaik,bak kata org lama2 "Seandainya kita berdiam diri tidak bermakna kita kalah dan tidak bermakna juga kita yang bersalah.Berdiam diri lebih menunjukan kita org yang bijak daripada kita terus bersuara mempertahankan yang kita tidak bersalah sedangkan tanpa sedar kita sedang menunjukan diri kita lemah ".So aku nak di kategorikan orang2 yang bijak!!! Pape pon WHATEVER coz aku mmg tahu kau "insan" yang macam mne.."Sentiasa menunggu peluang atas kebaikan org lain"!!
Sekian saja coretan hatiku untuk kali ini..

Monday, April 11, 2011

Bejalan @ Taiping















U olls skrg i da sampai di entrance Taiping ...xsbar gk nak tfk apa yang ada kt Taiping nie sebab nie kali pertama aku sampai di tanah jajahan Sultan Azlan Shah...





im posing with the threes.......




me and my beloved hubby..




pasamboq soton baeekk pye....

















An evening in paddy field..........



Romantic x?....macam pelem industan....

Monday, April 4, 2011

Pengalaman Pertama Ku

Perjalanan hidup ku semakin hari semakin banyak yang berubah.Banyak benda baru yang ku pelajari setiap hari.12 Septmber 2010 adalah tarikh keramat buat aku da hubby ku.Bersamaan dengan 3 syawal aku telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang betul2 aku sayangi bernama "SHAHRIL AZWAN".
11/12/2010 - Hari ini aku bangun awal x seperti biasa..aku rasakn ada sesuatu yang harus aku lakukan.Selesai je solat subuh aku terus bkk fridge ambik pregnancy test..memang sudah semiggu prgnancy test hubby ku beli,coz aku da lewat period semiggu lebih..termenung sebentar aku di toilet..mau ku lakukan atau tidak???akhir nya ku ambil keputusan untuk lakukan juga.bagi ku biar la apa jua kputusan nya akan ku terima dengan redha..mugkin kalau tiada bukan rezeki ku lagi.tpp alagkah terkejut nya aku bila ku agkat,aku dapati ada 2line jelas terpampang ini memang 99.9% membuktikan bahawa jagkaan aku memang tetap..AKU HAMIL!!!!!
Saat ini 11/04/2011- Kandungan ku telah masuk bulan yang ke 5,syukur alhamdullilah sampai sekarang aku tiada alami apa2 masalah..saat-saat getir berdepan dengan "Mr/Ms Morning Sickness"telah aku hadapi dengan tabah..memang aku akui cabaran berdepan dengan Mr/Ms morning sickness memang hebat.Yela mane ngn nk kerja nye.keja kt opis 2 da berlambak-lambak..memang xkan abis nyer..mne nk ulang alik nk g toilet..adoi...baru sekarang aku tau bukan senang nk hadapi masalah "pembawakan budak"nie,memang kena banyak bersabar,emosi dan fizikal memang kena kuat..