Pages

My calendar

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

Hari Yang X best!

Hari nie mcm2 hari-hari biasa,selepas mandikan bby Aariz aku letakkan dia kt atas katil dan biarkan dia bermain sendiri.tp..ssaat je aku berpaling tgok2 je bby aariz da tergolek jatuh dari katil n terus menangis..Ya Allah,saat tu aku da rase menggigil badan.satu nye sebab anakku menangis kesakitan n yg kedua nya takut sebab nt ke marah dgn my hubby..

Tp mujur la stelah di pujuk bby aariz bhenti menangis..kepala nya ada sdikit kesn merah sbb thantuk t'kena lantai aku sapukn dgn ubat.pastu aku susukan dia then dia terus terlelap tido..hati aku saat nie hanya tuhan saja yg tahu,bertapa risau nye aku Ya Allah moga tiada apa2 yg berlaku..

Terus je aku ambik diari kesayangan ku nie tuk search artikel2 yg boleh aku baca then aku terjumpa satu artikel nie.myb boleh aku kongsikan dgn ibu2 yg lain mungkin pernah alami situasi "CUAI" cm aku nie..kpd diriku n ibu2 yg lain "tolong jgn b'sikap CUAI lg!"

Si manja jatuh katil

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.



Antara Kesan-Kesan Lain :

1.Lebam pada bahagian belakang telinga.

2.CT Scan menjunjukkan perdarahan pada bahagian otak

- Posted using BlogPress from my iPod touch
Posted by Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM

No comments:

Post a Comment